Terkejut Oh! Gila Media bila ternampak foto pernikahan pelakon Johan As`ari dan seorang wanita berbaju putih di laman Instagram milik pelakon ini sebentar tadi.
Yelah...tak kan lah senyap-senyap je pelakon lelaki ni berkahwin. Malah wanita disampingnya yang memakai baju nikah dan tudung berpurdah pun Oh! Gila Media tak kenal.
Siasat punya siasat, rupanya foto itu diambil ketika mereka berada di set penggambaran drama bersiri Waris Kekasih iaitu slot utk Azalea TV3.
Amboi buat suspen Oh! Gila Media je sebab dari foto yang dikongsi nampak seperti gambar kahwin betul, rupanya bernikah dalam set lakonan sahaja.
Tak mengapalah,apa-apa pun Oh! Gila Media tetap akan doakan semoga jodoh sebenar Johan dipercepatkan kelak.
0 comments:
Post a Comment